NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

TIPS UMRAH PERTAMA KALI UNTUK WANITA BHG 1

PERHATIAN: TIPS UMRAH UNTUK WANITA YANG JARANG DISENTUH MUTAWWIF LELAKI (Bahagian 1)
.
Kami nak share tips, berdasarkan pengalaman kami dulu. Mutawwif lelaki ni biasanya bagi tips general sahaja, jadi banyak yang mereka terlepas pandang tentang kebajikan wanita.
.
1. Semua orang akan hilang selipar/kasut.
.
Mengikut pengalaman kami, setiap orang akan kehilangan selipar atau kasut, sekurang-kurangnya sekali sepanjang berada di Masjidil Haram.
.
Risiko kehilangan kasut di sana sangat tinggi, kerana terlalu ramai orang dan cleaner selalu kutip kasut yang tidak diletakkan dengan elok.
.
Kalau nak bawak kasut sekali ke dalam Masjidil Haram, boleh jugak. Tapi ada risiko untuk kasut tersebut jatuh semasa tawaf dan saie, kerana bersesak dengan ramai orang. Nak bawak sepanjang masa pon, leceh jugak sebab berat.
.
Macam mana nak buat ibadat dengan tenang kalau asyik risau pasal benda kecil macam ni kan?
.
Jadi, gunalah selipar yang murah-murah. Bawak 2-3 pasang sebagai spare, untuk kita dan juga teman umrah kita Nak beli kat sana, susah nak jumpa selipar macam kat malaysia ni. Lagi-lagi, yang kaki saiz comel
.
Oh, satu lagi, jangan lupa, pakai stokin bila berselipar Bawak banyak-banyak, supaya mudah untuk tukar dan tak perlu nak basuh.
.
Harap tips ini membantu. InsyaAllah tips lain akan menyusul.
.
Sila kongsi dengan sahabat anda yang akan mengerjakan umrah, supaya mereka dapat buat ibadat dengan sempurna
.

.

.

website : www.ammaira.com


WA: https://kliksini.my/StokinUmrah3
.

shopee: https://shopee.com.my/STOKIN-ANTILICIN-STOKIN-UMRAH-SOCKS-ANTISLIP-STOKIN-SOLAT-TAK-LICIN-i.29958621.575560854 
www.ammaira.com



#stokincomel
#ammaira
#muslimahfashion
#umrah
#tipsumrah

SAEI TAK LICIN.png


Older post Newer post