NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

Tips Solat Di Raudhah (Taman Syurga)

Cuti sekolah ni mesti ramai yg akan menunaikan umrah kan?

       Tahu tak, Raudhah atau Taman Syurga antara ruangan dalam Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan jutaan jemaah yang datang untuk berdoa dan bersolat. Namun tidak semua yang berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman itu.

       Hari ini saya nak kongsikan dua tips, mungkin nampak remeh. Tapi, yang remeh ni kalau puan-puan ambil berat, inshaAllah lagi mudah perjalanan puan-puan ketikan solat di Raudhah.


         Tips untuk solat di Raudhah supaya tidak perlu bertolak, berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari jemaah lain dan pengawal Arab Wanita :
.
1. Waktu sesuai memasuki Raudhah
    Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan Selepas Isyak. Dan anda perlu pastikan masuk melalui pintu masjid nombor 25. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi dan tidak terburu-buru atau sebaiknya tunggu sahaja di masjid selepas solat.

2. Memakai Jubah atau Khimar Hitam
     Seeloknya perlu mengenakan jubah dan khimar hitam. Ini kerana untuk mengelakkan diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana tahu kita dari Malaysia. Berpakaian serba hitam supaya kelihatan seperti orang Arab, Pakistan dan sebagainya.

     Oh ya! Stokin make sure yang panjang sikit tau bukan apa takut nanti bersesak-sesak, tak sempat pandang bawah stokin dah tertanggal! Pengalaman peribadi saya sendiri, nasib baik tak tercabut stokin masa keluar Raudhah.

Anda ada pengalaman masuk Raudhah tak? Tenang atau bersesak-sesak? Jom kongsikan diruangan komen.

Moga perkongsian boleh memudahkan perjalanan umrah orang lain ;)

Jumpa lagi di lain artikel. Salam Sore :D

p/s: klu nak tgk koleksi stokin umrah boleh klik ttps://kliksini.my/StokinUmrah3 




Older post Newer post