NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

PERSEDIAAN UMRAH KALI PERTAMA

First time buat UMRAH?
.
.
Kalau ini kali pertama anda ke luar negara dan ke Mekah, kami sediakan tips berikut untuk anda.
.
.
INTERNET DAN PHONE
.
1. Sim card yang OK adalah Mobily dan Zain. Mobily kadarnya lebih murah tetapi line kurang bagus berbanding Zain.
.
2. Bawa wayar extension. Kat bilik hotel biasanya ada satu dua soket je untuk dikongsi 4 - 5 orang sebilik.
.
.
TAKUT TAK CUKUP DUIT?
.
3. Jangan risau. Boleh je nak guna ATM kat sana. Make sure call bank anda dulu untuk activate ye. 10 mins dah boleh setel
.
.
OK KE MAKANAN KAT SANA?
.
4. Chef hotel biasanya Indonesian. Jadi bawalah bekal sambal ikan bilis, sambal hitam atau sambal daging sebab tak semua masakan Chef kat sana boleh masuk tekak kita. Takut nanti kelaparan pulak.
.
5. Kalau teringin makan makanan Malaysia, tempat biasa yang dituju adalah restoran Felda D’saji. Lokasi: Level 2, Safwa Tower. Kalau kita keluar daripada pintu King Abdul Aziz, terletak di sebelah kiri Zam Zam/ Clock Tower.
.
6. Kalau nak beli makanan dan barang keperluan harian (seperti selipar dan biskut), biasanya orang akan pergi ke pasaraya Bin Dawood yang ada di banyak tempat. Sama tempat dengan Restoran Felda tu.
.
.
PENGANGKUTAN
.
9. Berhati-hati kalau nak naik teksi di sana, especially kalau nak pergi miqat. Cara paling senang, naik je Uber
.
10. Kalau nak cari pengalaman unik, boleh naik bas. Cuma 2 riyal sahaja. Berhenti betul betul di depan Al haram. Depan Hotel Tawhid International.
.
.
PAKAIAN
.
4. Tak perlu bawa banyak baju. Kat hotel biasanya ada perkhidmatan dobi. Nanti boleh la nak bawa balik barang banyak sikit
.
5. Bawa sekali selipar kita bersama ke dalam masjid. Takut hilang. Dalam masjid tu, jangan lupa pakai stokin yang sesuai ye dan kalau boleh, guna la stokin baru setiap hari. Baru best nak buat ibadah
.
.
IBADAH
.
5. Sebelum masuk ke Masjidil Haram, pastikan kita dah buang air siap-siap. Susah apabila sudah masuk ke masjid dan mahu keluar semula untuk buang air. Tandas hanya ada di luar masjid dan untuk keluar semula dari masjid adalah jauh dan perlu berhadapan dengan ramai orang
.
6. Bawa spray air. Mudah sikit nak ambil wudhu. Nak keluar susah, sebab tempat wudhu’ pun di luar masjid. Kalau pakai stokin, boleh sapu wudhu atas stokin je. Jimat air sikit.
.
.
Kalau nak cari stokin yang sesuai dan comel, boleh la tengok katalog kami. Ada lebih dari 135 pilihan warna dan design
.
.

HAPPY.jpg
Website: http://ammaira.shoppy.my
WA: https://kliksini.my/StokinUmrah3
WA: 6011 1080 4880
PM: m.me/ammairastokincomel

#ammaira
#stokincomel
#RM10jer



Older post Newer post