NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

STOKIN KETAT PUNCA CAGU ?

PERNAH KENA CAGU ?


Cagu atau biasa juga disebut cengkam kuku biasa berlaku apabila kuku tumbuh ke sisi dan menekan isi.
jari. Biasanya berlaku bila kita tidak memotong kuku secara lurus atau terlalu pendek. Maka, bila kuku
mula tumbuh semula, kuku akan tumbuh ke sisi dan tekan isi jari menyebabkan kita berasa sakit.

Selain daripada salah cara potong kuku, kasut dan stoking yang terlalu ketat juga sebenarnya boleh
menyebabkan berlakunya.  Sebab itu pemilihan kasut dan stoking yang sesuai dengan kaki amat penting.

                                                    cagu 6.jpg

Jadi, apa nak buat bila dah terkena cagu ni  ?


1. RENDAM DAN CUCI KAKI


Bengkak dan sakit akibat cagu dapat dikurangkan dengan merendam kaki menggunakan air suam.
Rendaman ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 10-20 minit.

             cagu 1.jpg


2. GUNAKAN PENYENDAL


Kapas kecil atau kain kasa (gauze) boleh diselitkan diruangan hujung kuku yang mengalami cagu supaya kuku
dapat tumbuh semula dengan elok. Kaedah ini juga dipercayai dapat membatu kurangkan rasa
sakit dan menghalang bakteria daripada merebak.

               cagu 9.jpg


3. UBAT TAHAN SAKIT DAN ANTI KERADANGAN


Ubat ini biasanya diberikan oleh doktor agar dapat menjalani aktiviti harian dengan lebih selesa.

              cagu 15.jpg

4. ANTIBIOTIK


Sapuan krim antibiotik di kawasan yang membengkak dapat membunuh kuman dan mengelakkan kuman dari
terus merebak. Krim ini boleh didapati di farmasi atau di klinik.

5. ANTIFUNGAL


Jika ke klinik dan doktor mendapati adanya tanda-jangkitan kulat di kuku, ubat antifungal akan diberikan untuk
merawat jangkitan kulat.

                    cagu 14.jpg


6. PEMBEDAHAN


Jika semua rawatan masih tidak berhasil, maka pembedahan akan dilakukan. Kuku akan dibuang sama ada secara
keseluruhan atau sebahagian sahaja yang terlibat .        

                                                   cagu 16.jpg


Bagi mengelakkan dan mencegah berlakunya cagu, kuku mestilah dipotong dengang lurus dan anda dinasihatkan
untuk memakai kasut dan stoking yang tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.

                 cagu 4.jpg

Mana nak cari stoking yang boleh fit dan memeri ikut saiz kaki ? Klik link di bawah:

https://kliksini.my/StokinMuslimah3
https://kliksini.my/StokinMuslimah3
https://kliksini.my/StokinMuslimah3 



Older post Newer post