NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

PERSONALITI APA YANG "STRONG" DALAM DIRI KORANG? CUBA TEST!

Salah satu sebab kenapa dunia ini indah untuk diduduki adalah kerana kewujudan pelbagai perangai manusia yang berbeza-beza, ada yang kecoh, ada diam, ada yang di tengah-tengah, ada yang berani, ada  yang takut dan lain-lain lagilah. Walaupun boleh jadi seorang individu ada gabungan bermacam sikap, tapi mesti ada satu personaliti yang paling 'nampak' atau jelas dalam diri.

Rasa bersemangat tak nak tahu perangai yang paling 'strong' dalam diri ni? Kalau nak tahu, anda boleh buat ujian yang telah direka oleh pakar psikologi untuk mengesan personaliti kuat yang ada dalam diri seseorang. Anda boleh cuba sendiri.

Untuk memulakannya, anda kena tengok gambar ni dan simpan dalam otak apa yang anda pertama sekali nampak pada sekilas pandangan:

Screen Shot 2018-07-30 at 1.12.43 PM.jpg


Apa yang anda nampak dulu? Anda boleh baca tafsirannya tentang bagaimana haiwan yang anda nampak dulu ada kaitan dengan personaliti anda seperti yang disenaraikan di bawah:


1) Kuda

Screen Shot 2018-07-30 at 1.12.57 PM.jpg

Bagi sesiapa yang terlihat kuda masa sekali pandang gambar pertama tu, itu bermaksud anda adalah seorang yang bercita-cita. Sepertimana seekor kuda, anda seorang yang bebas dan berani. Anda memiliki keinginan untuk berjaya dan bebas daripada sebarang kekangan atau peraturan. Anda tahu apa erti kerja keras dan tidak menganggap kerja yang dilakukan sebagai pilihan yang kedua. Di samping tu, anda juga berani untuk menegakkan apa yang dirasakan betul dan tiada siapa dapat mengalahkan anda kalau satu benda tu anda dah set dalam fikiran. Anda juga tahu siapa diri anda yang sebenar dan bagaimana untuk menonjolkan diri dalam khalayak yang ramai. Anda secara keseluruhannya adalah seorang yang agak jujur dan berani walaupun banyak yang menentang. 

.


2) Ayam Jantan

Screen Shot 2018-07-30 at 1.13.09 PM.jpg

Siapa yang nampak ayam jantan dulu dikatakan sebagai seorang yang bijak, pantas dan bersungguh walaupun nampak macam biasa-biasa je. Secara naturalnya anda adalah seorang yang berani dan memiliki semangat seperti seorang pejuang. Pendek kata, "Don't judge the book by its cover." Anda nampak je tenang tapi bila ada sesuatu yang anda tak suka berlaku, anda berani untuk bangkit dan melawan.  

.

3) Ikan Lumba-Lumba

Screen Shot 2018-07-30_IKAN.JPG

Bagi yang terlihat ikan lumba-lumba dulu, anda memiliki sifat yang paling 'understanding' dan so 'sweet like cokelak' gitu. Anda suka membuat orang di sekeliling tersenyum atau happy. Apa je yang anda buat secara tak sengaja atau secara tak langsung boleh mewujudkan atmosfera yang tenang dan buat orang rasa dihargai. Anda juga adalah seorang yang inventif dan berimaginasi, yang mana anda rasa sangat seronok memikirkan idea-idea kreatif sendiri.  

.


4) Ketam

Screen Shot 2018-07-30_KETAM.JPG

Ketam ni macam kelapa, agak keras di luar, tapi dekat dalam lembut je sebenarnya. Kalau anda nampak ketam dulu bila tengok gambar atas sekali tu, maksudnya perangai anda lebih kurang macam yang dikatakan tadi. Sikap yang sering dikaitkan dengan ketam adalah kesetiaan ya amat, sama ada anda perasan atau tak, selama ni anda banyak meletakkan kepentingan kepada orang lain yang rapat dengan anda terlebih dahulu sebelum kepentingan anda sendiri. Anda tak pernah dan tak mampu sama sekali untuk menipu atau mengkhianati orang yang disayangi. Aww... sweet... 

.


5) Mentadak

Screen Shot 2018-07-30_MENTADAK.JPG

Mentadak sering kali dikaitkan sebagai memiliki deria yang super sensitif dan juga kesabaran yang tinggi. Mentadak ni kalau anda nak tahu, boleh kekal lama dalam satu kedudukan sampai berjam-jam semata-mata untuk mencari mangsa dan mampu untuk menerkam mangsanya tanpa warning dengan berjaya secara tiba-tiba. 

Kalau anda ternampak mentadak dulu dalam pic tadi, bermaksud anda adalah seorang yang memiliki naluri dalaman yang kuat yang mana anda boleh bergantung kepada suara hati sendiri. Di samping itu, anda juga dapat mencari ketenangan dalam diri, bestlah kalau macam ni? Anda seringkali mengikut naluri hati dalam setiap perkara yang ingin dilakukan dan selalunya berjaya kerana anda memiliki keyakinan yang tinggi kepada diri sendiri. 

Anda juga sangat bersungguh untuk mendapatkan apa yang diidamkan dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu. 

.


6) Serigala


Screen Shot 2018-07-30_SERIGALA.JPG

Kalau diikutkan, serigala memang tinggal dalam kumpulan, namun begitu, mereka ni tetap sejenis haiwan yang agak menyendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. Mereka tahu macam mana nak berjalan bersendirian tanpa rasa takut diburu. Kalau inilah haiwan yang pertama sekali anda nampak, anda memang seorang yang berani dan tak mudah rasa takut dengan apa-apa

Walaupun berada dalam khalayak ramai, anda tetap menonjol disebabkan personaliti ni. Dengar macam cool kan? Tapi kadang-kadang anda rasa agak sunyi, tapi no hal, sebab anda bijak menghadapi situasi ni.  

.


7) Anjing

Screen Shot 2018-07-30_ANJING.JPG

Apa yang anda rasa tentang anjing? Kalau diikutkan, haiwan ni sangat setia, berani dan tidak mementingkan diri sendiri. Kalau anda nampak anjing dulu, inilah antara sikap yang ada dalam diri anda. Anda tahu macam mana nak jadi 'scary' tapi dalam masa yang sama pandai buat orang rasa disayangi. 

Seperti yang dikatakan tadi, anda tak pentingkan diri sendiri dan setia, anda juga memiliki keinginan untuk melindungi orang yang disayangi. Perangai ni membuatkan anda disayangi oleh ramai orang yang kenal anda dengan rapat.  

.


8) Burung Helang

Screen Shot 2018-07-30_HELANG.JPG

Burung helang adalah sejenis haiwan yang cukup gah, mereka telah dicipta untuk terbang bebas di awan yang tinggi. Burung ini juga memiliki pandangan mata yang cukup tajam dan fokus kepada target. Sepertimana seekor burung helang, anda adalah seorang yang mempunyai keazaman yang tinggi dan fokus untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Anda selalunya mempunyai alasan yang kukuh atas satu keputusan yang dipilih. 

Di samping itu, anda juga tahu bagaimana untuk buat yang terbaik dalam satu-satu situasi. Yang paling penting sekali, anda berani untuk meletakkan cita-cita yang tinggi dan sanggup terbang untuk mencapai impian tu. Pendek kata, kalau anda dah nakkan sesuatu, tak kisahlah nampak mustahil macam mana sekali pun, gunung sanggup didaki.  

.


9) Burung Merpati

Screen Shot 2018-07-30_MERPATI.JPG

Burung merpati adalah lambang keamanan dan cinta. Kalau inilah yang anda nampak dulu, maksudnya anda memiliki jiwa yang indah bak burung merpati. Anda seorang yang cukup tenang dan sabar dalam apa sahaja situasi. Yang penting sekali, anda dapat mencari ketenangan dalam diri sendiri. 

Anda tahu yang walau apa sekali pun yang berlaku, menemui ketenangan dalam diri sendiri adalah cara terbaik untuk menyelesaikan segalanya. Anda sentiasa berfikiran positif dan optimistik tanpa mengira situasi, dan menganggap pergaduhan ataupun perkara negatif yang lain bukanlah jalan penyelesaiannya.  

.


10) Rama-Rama

Screen Shot 2018-07-30_RAMA2.JPG

Rama-rama merupakan lambang kepada gabungan antara perubahan dan kecantikan. Seperti yang kita tahu, rama-rama pada mulanya hanyalah kepompong yang hodoh yang kemudiannya melalui proses penuh magikal berubah menjadi sesuatu yang keindahannya tidak mampu diungkapkan. 

Jika ini yang anda ternampak dulu, bermaksud anda adalah seorang yang mudah menghadapi perubahan atau pendek kata, agak fleksibel tak kisah macam mana pun situasi tu. Anda tahu macam mana untuk menyesuaikan diri dengan sesebuah keadaan jika diperlukan. Anda juga memiliki personaliti yang menarik yang dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.  

.

Personaliti yang manakah anda punya? Comment di bawah..

.

.

#1 Recommended Product untuk Stokin Muslimah

KLIK SINI :

https://kliksini.my/StokinMuslimah3

https://kliksini.my/StokinMuslimah3

https://kliksini.my/StokinMuslimah3

.

SETIA SELESA.png





Older post Newer post