NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

Panduan Ringkas Wakaf Al-Quran di Tanah Suci

Bila kita nak menunaikan umrah, memang ringan tangan sedara mara dan rakan-rakan handai menghulur sumbangan. Ada antara kita menggunakan sumbangan itu dengan membeli jubah, kurma, tasbih sebagai cenderahati. Tapi kita alpa mereka memberi bukan untuk mendapatkan cenderahati dari sana.

memphis-pattern-background_53876-85420.jpg

Ada satu cara lagi yang ramai tak tahu, sebenarnya kita juga boleh gunakan wang tersebut untuk wakaf Al-Quran

Himpunkan saja sumbangan itu dan niatkan atas nama-nama mereka yang menyumbang. Semoga amalan ini diterima disisi Allah. Selama mana ianya dibaca, moga mengalirlah pahala buat mereka yang kita niatkan.


memphis-pattern-background_53876-85420.jpg


Tahukan anda? 

Tak semua mutawwif sediakan khidmat wakaf Al Quran di tanah suci. 

Dan sebenarnya cara jemaah berwakaf Al-Quran sedikit silap disebabkan ramai yang tidak tahu.   

Al-Quran yang diwakafkan di Masjidil Haram mahu pun Masjid Nabawi dimonitor sebaiknya oleh petugas-petugas masjid. Yang tak lulus piawaian akan dibawa keluar dari masjid! 

Macamna cara untuk lulus piawaian? 

PERTAMA  : CETAKAN

memphis-pattern-background_53876-85420.jpg

Al-Quran yang diwakafkan mestilah mushaf cetakan Kompleks Percetakan Raja Fahd Madinah. 

Ini paling penting! Kilang yang terletak di Madinah, Arab Saudi ini merupakan pusat cetak al-Quran terbesar di dunia. Jadi anda kena check betul-betul tau!

Ingat ya wakaf AlQuran .....Mesti Mushaf Madinah ye..

KEDUA: CIRI-CIRI AL-QURAN.

Gambar contoh mushaf yang diterima:

1. Kulit depan (Berkulit hijau bagi mushaf sederhana, biru pula untuk mushaf bersaiz besar. )

f73d7b9fa70e321266899f529ebe3b81.jpg

2. Kulit belakang  (Berkulit hijau bagi mushaf sederhana, biru pula untuk mushaf bersaiz besar. )

Peraturan-KOS-JOMBLO-2.jpg


3. Cetakan isi pertama hadapan

menarik-ujian-personaliti-melalui-gambar-pertama-yang__aHR0cHM6Ly9pbmZvamUuY29tL3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDE3LzEwL21lbmFyaWstdWppYW4tcGVyc29uYWxpdGktbWVsYWx1aS1nYW1iYXItcGVydGFtYS15YW5nLXRlcmxpbnRhcy1kaS1taW5kYS1hbm.jpg


4. Warna bunga

32203511_366170183873894_8620474120166965248_n.jpg


5. Tali penanda berwarna kuning bagi mushaf sederhana, biru mushaf besar 

39231942_291502991633725_6777166176398082048_n.jpg


6. Cetakan isi belakang mushaf

18723287_141465906399373_6284691082911416320_n.jpg

So, cari mushaf yg sama seperti ini untuk mengelakkan daripada mushaf yang kita nak wakafkan dibawa keluar dari Masjidil Haram. Alamak kalau dah tersilap macamna? 

Jangan risau, pihak pengurusan masih akan memastikan saham akhirat ini berjalan. Jadi mereka menghadiahkannya kepada para jemaah haji yang datang ke sana, ataupun diletakkan di masjid-masjid sekitar Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain. 


Sedikit panduan membeli Al-quran di Mekah:


1. Boleh beli di kedai luar Al-Quran cuma pastikan ada chop asli Madinah

2. Cop 'wakaf lillahi taala' (yang ni mintak pekedai tu copkan. Kalau tak nanti, ada plak yang ambil semula dan jual, kadang2 dah cop pun ade yang jual semula. huhu)

3. Kemudian bawa ke pejabat melalui pintu 75 turun bawah.

4. Masuk sampai jumpa tempat solat belok kekanan nanti nampak office

5. Serah kat tingkap tu pada pegawai yang jaga untuk di cop wakaf.

6. Nanti anda akan dihadiahkan senaskah Al-Quran yang orang lain wakaf sebagai hadiah atas wakaf yang anda sumbangkan.


Jadikan, memang ni lah peluang untuk kita sebagai pendosa ni beramal jariah, insyallah!

Kalau nak hadiahkan stokin umrah bagi jemaah boleh klik link di bawah =):

https://kliksini.my/StokinUmrah3

https://kliksini.my/StokinUmrah3

Stokin lembut lagi selesa yang tak biasa pakai pasti lekat!!

atau terus ke website kami.





Older post Newer post