NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN UNTUK MENUNAIKAN UMRAH MUSIM SEJUK

Assalamualaikum WBT, 

Apa khabar semua hari ini? Semoga segala yang kita lakukan dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari allah SWT hendaknya    

Normally cuaca di Mekah & Madinah start sejuk dr Oktober - Februari. So Mira nak share sikit persediaan dan keperluan untuk yang pertama kali menunaikan umrah di musim sejuk.

A) PERSEDIAAN ILMU

Ini sangat penting. Bagaimana Mira & En. Husband mulakan?

1. Baca Buku Tentang Umrah/Haji

Banyak buku2 panduan Umrah terjual di pasaran. Cuba semua ingat-ingat kembali last belajar tentang rukun dan hukum semasa menunaikan Umrah bila? Seingat Mira lah, belajar dulu masa sekolah menengah & sekolah agama. So banyak sgt info yang Mira dah lupa. Terus terang Kak Ani katakan dari pembacaan & pengalaman ibu bapa, saudara mara, kawan-kawan banyak membantu memberi gambaran ketika berada di sana.

2. Tonton Video

Untuk lebih faham, Mira banyak tonton video di Youtube berkaitan mengerjakan ibadah dan umrah.

3.Kursus Umrah

Selepas kita daftar umrah, kebiasaannya agensi akan buat Kursus Umrah. So, kita luangkan sedikit masa lagi untuk tambahkan ilmu. masa ni lagi best! Apa yang kita tak tahu dan musykil boleh terus direct je tanya. pentingnya kursus ni kerana pihak agensi ada buat amali juga macamana nak buat tawaf & saie.

Kalau uols ada masa, boleh juga join kursus umrah anjuran Tabung Haji (sila check availability di website TH). Free je.

B)PERSEDIAAN MENTAL, FIZIKAL & ROHANI

Kita ke sana untuk beribadah, jadi lengkapkan diri semaksimum yang mampu. Hanya diri kita tahu tahap mana kita berada. Jadi mohonlah dari Allah SWT. Macam Mira,  banyak yang Mira perlu prepare untuk persediaan rohani. Kita mohon dari Allah SWT,  insyaAllah dipermudahkan.

Haa! Satu lagi. Jangan lupa amik suntikan vaksin Meningococcal Meningitis. Persediaan untuk antibodi kita.

Selain dari itu, Kena start Jogging ataupun Brist Walk untuk tambahkan stamina. Sebab semasa mengerjakan umrah banyak menggunakan kekuatan fizikal lagi-lagi time tawaf & saie.

C) PERSEDIAAN PASSPORT

Haa ni pun penting! Please check validity passport korang semua. Pasport mestilah mempunyai tempoh sah laku lebih dari 6 bulan.

D) PERSEDIAAN BARANG-BARANG UNTUK DIBAWA KE TANAH SUCI

1. Telekung sembahyang (1 set)
Mira bawa 1 set telekung. Cukup ke 1 Mira??? Inshaallah, sebab Mira tak suka bawak beg besar-besar time travel dan mostly  kebanyakan masa kita akan ke masjid hanya dengan memakai telekung saja dengan stokin.

2. Mini Telekung (2 helai)
Mira bawa 2 helai warna hitam & putih. Yang hitam tu untuk masuk ke Raudhah. (Boleh tengok Mira sebelum ni, Tips Solat di Ar Raudhah, Taman Syurga)

3.Stokin tawaf (1 pasang)
Stokin tawaf dah tentu Mira beli dkt Ammaira Stokin Comel hehehe, memang sangat membantu tau! Semasa melakukan tawaf & saie, banyak berjalan so pakailah stokin tawaf. Mira suka buat tawaf sunat sebelum masuk Subuh (jadinya kalau pakai stokin biasa, boleh terasalah tumit).

3. Jubah (5 helai)
Masa first time Mira pergi, Mirabawak kemain banyak jubah. Adalah sampai 4-5 helai. Yelah sebab tak tahu kan. Konon2 bawa lebih sbb almaklumlah Mira ni rendang2, comel. So risau kalau jubah dekat sana, nak kena alter. Tapi rupa-rupanya, xyah alter. So pengajaran kat sini, xyah bawa banyak jubah. Nanti beli je kt sana sebab banyak pilihan. Yang pastinya kena pilih kualiti. Hehe.

4. Seluar
Seluar ni Mira pakai dalam jubah. Jangan risau dekat sana tak berpeluh sangat. Yang penting selesa. Hehe.

5. Tudung & Anak Tudung
Tudung sarung biasanya Mira pakai ketika ziarah ataupun semasa tawaf sunat. Bawa yang labuh sikit, so boleh terus bawa untuk solat. Bawa khimar pun bagus juga sebenarnya.

6. Stokin tebal (5 pasang)
Mira tak beli kat tempat lain! Beli dekat Ammaira Stokin Comel je haa,. Dahlah tebal, comel-comel pulak tu. Stokin ni Mira pakai masa solat. So kulit kaki tak nampak ketika solat. Yang penting Stokin Comel memang selesa!

7. Hand socks (3 pasang)
Kebanyakan jubah, lengannya lebar. Jadi sangat sesuai pakai handsocks. Handsocks pun Mira beli dari SC. Selesa dan yang paling penting jaga aurat lengan kita.

8. Sejadah
Mira standby je sejadah sbb kalau di area Mataf ada area yg tiada Karpet, so guna je sejadah. Sama juga time di Masjid Nabawi, waktu Subuh kalau dapat bahagian luar sejuk dahi nak sujud. Mira bawa yg nipis senang nak lipat masuk beg.

9. Purdah (2 helai)**
Ada ustazah yang mencadangkan untuk pakai masa nak masuk Raudhah. katanya supaya kita kelihatan seperti orang Arab disana. Tapi Mira tak pakai pun. Hanya bertelekung hitam je. Kalau musim sejuk, sangat membantu bagi sesiapa yang ada hidung sensitif.

**terpulang pada keselesaan masing2.

10. Long John (sepasang)
 Takde Long John, sweater pun boleh tapi Long John lebih berkesan, lagi-lagi kalau pergi waktu musim sejuk. Mira keluar ziarah selepas Subuh, terasa sampai ke tulang juga la sejuk. Nak2 pada yg jenis xtahan sejuk macam Mira ni.

11. Kasut bertutup (bagi jemaah perempuan) / selipar
Sepanjang di sana, Mira lebih selesa memakai kasut bertutup. Mira bawa sepasang sport shoes, sepasang kasut bertutup & sepasang sandal. Memang bawa kasut lebih sbb risau kalau hilang, sebab size kasut Mira ni susah nak cari kat sana.

Jangan lupa bawa uncang/beg kasut. So senang bawa masuk dalam masjid. Di luar Masjidilharam ada disediakan plastik tp lebih senang kalau kita bawa uncang kasut sendiri.

12. Al-Quran
Bawa yang kecil je. Kalau xbawa pun boleh guna Al-Quran dalam masjid.

13. Botol spray wuduk
Macam2 kebarangkalian boleh berlaku. Standby botol spray wuduk, ni penting. Kalau terbatal wuduk, senang nak guna. Tapi make sure belajar cara penggunaannya. Refer kat youtube je pun dah okay. Sekarang kan semua di hujung jari. Huhu

14. Hanger
Untuk sidai jubah sebab dobi mahal juga dekat sana.

15. Phone charger & Universal Adapter
Yang ni mesti semua ingatkan. Utk adapter depends pada hotel yang kita stay.

16. Ubat-ubatan & Supplements
Beberapa hari sebelum pergi umrah, Mira pergi ke klinik and bagitau nak ambil ubat bekalan untuk umrah. Nurse terus bagi ubat demam, batuk, selsema & sakit tekak.

Sebagai tambahan Mira beli muscle relief FLANIL, SalonPas, pil Chi-Kit Teck Aun. Redoxon memang Mira bawa kemana-mana. Jerslin Oil pun mmg Mira standby walaupun pergi mana. Antara minyak yang wajib ada dlm luggage.

Alhamdulillah, kami sihat ketika berada di sana cuma batuk-batuk sikitlah.Walaupun medical card dah termasuk dalam pakej umrah, kita bersedia dalam segala kemungkinan. Tak salah kan.
Kita ikhtiar, semoga Allah permudahkan segala urusan.

17. Barang penjagaan diri
a) Skincare - wajib ya. Walaupun kita x bermake up di sana, tapi sana kering. So kita still kena pakai skin care. Masa ni Mira guna Nano White. toner dan Moisturizer dia mmg superb, sejuk dan lembap je muka Mira.

b) Toiletries & Deodorant - Mira ada beli shower cream khas untuk elakkan kulit kering. Beli dekat Body Shop. Bila keadaan kering, kulit kita senang untuk dapat kegatalan. Bawalah product yang sesuai dengan kulit kita. Deodorant Mira beli yang dekat Watsons je yang tiada bau.

c) Lip Balm - untuk mengelakkan bibir kering.
Ni Mira beli dekat Avon je, memang dari muda-muda dulu pakai kosmetik Avon. Peminat setialah katakan..

d) Losyen - Cuaca yang sejuk/dingin & kering akan membuatkan kulit menjadi kering dan pedih. Jadi, seeloknya kalau kita sapu krim pelembap tu setiap kali nak ke masjid ataupun sebelum tidur.

Mira harap sharing kali ini bermanfaat untuk rujukan kita semua 😊

Jumpa lagi di lain artikel. Selamat Petang.


Older post Newer post