NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

HAJI: BAWA SELIPAR ATAU KASUT?

KALUT PASAL KASUT?

Antara manasik haji paling mencabar buat jemaah haji adalah melontar jamrah. Secara purata jarak berjalan kaki dari khemah di Mina ke Tiga Jamrah adalah 3 km pergi dan 3 km balik - total 6 km. Dilakukan selama 3 hari bagi yang Nafar Awwal dan 4 hari bagi yang Nafar Thaani.

.
JASMINE TINGGI.jpg

Persediaan yang perlu diberi perhatian adalah KASUT yang dipilih untuk digunakan. Tidak sedikit mereka yang terjejas pergerakan mereka kerana melecet atau luka kaki ketika aktiviti melontar. Ingat keselesaan tidak terletak pada kasut BARU atau MAHAL tetapi kasut yang sudah diuji terlebih dahulu.

Ada orang beli kasut baru yang mahal tetapi tidak diuji (test walk) dulu. Kasut itu 'menggigit'nya pada hari melontar.

Ada orang bawa kasut 'favourite' tapi koyak dan putus pada hari melontar. Bila beli kasut baru di sana, tak selesa dan melecet.

Persediaan kita:

Sebulan sebelum berlepas buat test walk dengan kasut yang kita sudah pilih. Hujung minggu pertama cuba satu kasut dengan jarak perjalanan 5-6 km. Ulang lagi dengan kasut lain pada minggu berikutnya. Akhir sekali pilih kasut yang paling tahan dan selesa. Bawa yang itu dalam beg dan jangan lupa stokin!.

Secara tidak langsung bila kita test kasut, kita juga dapat test stamina kita. Tahun ini haji musim panas. Kalau mampu buat test walk masa matahari sudah keluar. Baru ada feel. 

Pengalaman test walk saya:

Minggu pertama saya guna kasut jogging lama. Selesai berjalan getahnya berderai. Rupanya getah dah keras. Terus buang.

Minggu kedua saya cuba kasut canvas biasa. Sempit di bahagian ibu jari. Sakit tapi tak melecet.

Minggu ketiga baru dapat kasut paling sesuai.

Semoga bermanfaat.

Nota : memakai selipar ada risiko dipijak jari oleh jemaah lain, putus bila tersangkut atau dilanggar kerusi roda dari belakang. Jangan ambil risiko.
40683841_1821010741352862_5448670987165892608_n.jpg
credit to: Mohd Khairul Muhamed







Older post Newer post