NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

ENDGAME EDISI RAMADHAN - 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

7 AMALAN DI SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADHAN
.
Jom contohi amalan Rasulullah dalam beribadah ketika menjelang 10 malam terakhir Ramadhan bagi meraih ganjaran istimewa dari Allah. Moga ketemu Malam Lailatul Qadar. Aminn

.

1.QIAMULLAIL

Qiamullail adalah menghidupkan malam di bulan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah.  Bangun pada tengah malam dengan beribadat seperti solat sunat, mengaji, atau berzikir kepada Allah dengan mengharapkan keredhaanNya. Menangislah sepuas hati merintih pada Allah. 

Banyak masjid atau surau yang menganjurkan program seperti ini jadi jangan lepaskan peluang beribadat bersama-sama.

handsock.jpg
2. MEMBACA AL-QURAN

Bulan Ramadhan, bulan turunnya Al-Quran, kalam Allah, jadi jom amal dan hayati Al-Quran untuk panduan hidup di dunia sementara ini.
.
Al Quran jualah peneman kita di alam Barzah dan pemberi syafaat semasa di padang Mahsyar bukan teman-teman yang melepak bersama di warung mamak!
.
Jom ngaji!
.


3.BERIKTIKAF

I'tikaf bermaksud mendekatkan diri kepada Allah dengan cara menyucikan jiwa dan hati, merenungi dosa-dosa yang telah dilakukan dan pohon petunjuk dengan Allah SWT.


Hadis dari Saidatina Aisyah r.a : 

Sesungguhnya Nabi S.A.W beri'tikaf pada sepuluh malam terakhir ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beriktikaf setelah itu.

4.BANYAKKAN DOA

Doa itu free, jadi berdoa lah banyak-banyak pada Allah pada 10 malam terakhir. Tak tahu nak doa apa? Baca hadis di bawah nie:

Saidina Aishah, ra berkata : Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w :

"Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar , apakah yang perlu aku ucapkan semasa doa?

Baginda berkata:


"Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku."

5. BANYAKKAN BERISTIGHFAR DAN BERTAUBAT

Perbanyakkan solat sunat taubat, termasuk banyak beristighfar kepada Allah swt.
.
"Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka" 

- Riwayat Abu Daud -

6. MENGERJAKAN UMRAH

photo6158943426012358803.jpg

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;

“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.”

Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram.

Masjidil Haram ialah masjid paling mulia di sisi Allah diikuti Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan Masjid Qiblatain.

Diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di Masjidil Haram menyamai 100,000 ganjaran.

Oleh itu pada musim ramadhan nie memang jumlah jemaah bertambah dari serata dunia, berkumpul dan menghidupkan malam2 terakhir di sana. Allahu Akbar. Moga Allah memberikan kita kesempatan untuk beridah di sana jua.


Kesimpulannya, jom tingkatkan amalan beribadat dan merebut keistimewaan malam Lailatul Qadar.

Ingat tanda Allah sayang kita bila Allah memudahkan anggota badan kita, hati kita untuk menyembah dan memuji allah, allah meringankan tubuh badan kita untuk melakukan kebaikan kepada Allah SWT, satu nikmat yang tak semua orang dapat. Allahu.


#1 Recommended Product untuk Stokin Muslimah

KLIK SINI :

https://kliksini.my/StokinMuslimah3

https://kliksini.my/StokinMuslimah3

https://kliksini.my/StokinMuslimah3

.tebal.jpg



Older post Newer post