NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

CELIK FIDYAH PUASA

KES-KES BERKAITAN QADA' DAN FIDYAH

1. Uzur menunaikan puasa wajib

✅Keterangan: 
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

✅Qada’ dan Fidyah: 
• Tidak wajib qada’ puasa 
• Wajib bayar fidyah pada tahun tersebut 
• Tiada gandaan fidyah walaupun melangkaui tahun

2. Perempuan hamil

✅Keterangan: 
Dengan syarat dibimbangi akan keselematan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.

✅Qada’ dan Fidyah:
• Wajib qada’ puasa. 
• Wajib bayar fidyah pada tahun tersebut

📌Adapun wanita yang bimbang akan keselamatan dirinya atau dirinya dan anaknya, maka wanita berkenaan hanya wajib qada’ puasa tanpa perlu membayar fidyah.

3. Ibu yang menyusukan anak

✅Keterangan:
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudhratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu.

✅Qada’ dan Fidyah:
• Wajib qada’ puasa 
• Wajib bayar fidyah pada tahun tersebut.

4. Orang yang telah meninggal dunia

✅Keterangan:
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

✅Qada’ dan Fidyah:
• Wajib bayar fidyah

5. Melambatkan ganti puasa (Qada’)

✅Keterangan: 
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan)

✅Qada’ dan Fidyah:
• Wajib qada’ puasa 
• Wajib bayar fidyah pada tahun tersebut dan bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan

JOM BAYAR FIDYAH SEBELUM DATANG RAMADHAN


Pengiraan Fidyah.jpg



Older post Newer post