NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

Cara Puasa Bagi Ibu 'Breastfeeding'

Ibu yang menyusukan anak pasti khawatir dengan keadaan mereka dan bayi ketika berpuasa di bulan Ramadhan.
Risau susu berkurangan dan tenaga ibu untuk berpuasa seharian.. 

Cabarannya memang berbeza setiap kali berpuasa, jadi banyakkan bersabar dan memohon pertolongan pada Allah lebih-lebih lagi kita sedang berada di bulan penuh keberkatan.  

black-friday-sales-background-template-memphis-style_23-2147952413.jpg

Berikut adalah beberapa tips yang boleh dilakukan oleh ibu menyusu untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan semoga bermanfaat.

TIPS #1 NIAT

Niat berpuasa atas melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Bukan kerana hendak turunkan berat, tujuan hendak cantik melaram di hari raya dan sebagainya. Perbetulkan semula niat ibu, jika terlintas seperti yang dinyatakan.

TIPS #2 MINDSET

Pastikan mindset ibu supaya sentiasa positif. Dalam menjayakan penyusuan susu ibu, mindset ibu adalah yang utama. Jika mahukan hasil yang positif, ibu juga perlu sentiasa kekal positif dan sebaliknya. Tanamkan di minda ibu bahawa walaupun ibu berpuasa tetapi insyaAllah mampu untuk terus menyusukan bayi seperti biasa. Jangan sesekali fikirkan apabila berpuasa, susu ibu akan berkurang dan tidak cukup pada anak.

black-friday-sales-background-template-memphis-style_23-2147952413.jpg
TIPS #3 DOA


Berdoalah pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita semua. Juga doakan supaya ibu diberi kesihatan yang baik dan mampu untuk melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sesungguhnya doa itu senjata kita sebagai seorang Muslim.


TIPS #4 SAHUR

Untuk ibu yang menyusukan anak, jangan sesekali tinggalkan atau terlepas sahur. Manfaatkan sunnah supaya melambat-lambatkan waktu sahur.

TIPS #5 BERBUKA

Begitu juga untuk berbuka puasa, manfaatkan sunnah supaya berbuka di awal waktu di kala azan dilaungkan.

black-friday-sales-background-template-memphis-style_23-2147952413.jpg

TIPS #6 MAKANAN BERKHASIAT

Dari segi pemakanan pula, semestinya pemakanan sihat dan berkhasiat sangat penting untuk membantu ibu menyusu berpuasa. Guna pakai konsep suku suku separuh di mana adanya karbohidrat, protein, sayur-sayuran serta buah-buahan. 

Untuk karbohidrat, boleh amalkan makanan Glisemic Index (GI) rendah kerana makanan ini akan melepaskan tenaga secara perlahan-lahan.Contohnya pasta, bijirin, roti wholemeal, yogurt rendah lemak, beras perang, oat dan gandum. Pastikan juga, ibu mengambil protein yang secukupnya seperti daging, telur, kekacang, tempe. 

Selain dari itu, untuk pengambilan snek yang sihat, ibu menyusu boleh cuba untuk makan kurma, kismis, badam serta buah-buahan segar atau dalam bentuk kering.Gandakan jumlah pengambilan kurma pada bulan Ramadhan. Jika sebelum ini, ibu biasa makan 3 - 5 biji kurma tingkatkan kepada 7 - 9 biji kurma. InsyaAllah sangat membantu. 

Menu paling simple adalah overnight susu kurma oat. Pada yang belum cuba, bolehlah cuba. Kalau tak boleh cuba susu kurma di pasaran sekarang memang banyak!!.

TIPS #7 AIR SECUKUPNYA

3.jpg

Untuk ibu menyusu, wajib pastikan pengambilan air secukupnya dari tempoh berbuka puasa sehingga waktu sahur. Masalah kebanyakan ibu menyusu adalah kerana dehidrasi.

Jadi, minumlah air kosong sebaik-baiknya air suam secukupnya. Ibu juga boleh pelbagaikan kepada air jus buah tetapi pastikan tanpa gula. Bagi memastikan ibu menyusu minum cukup 8 gelas sehari, susunkan jadual seperti berikut:

-1 gelas ketika bangun sahur
-1 gelas selepas sahur
-1 gelas semasa berbuka puasa
-1 gelas selepas makan
-1 gelas selepas solat maghrib
-1 gelas selepas solat isyak
-1 gelas selepas solat terawih
-1 gelas sebelum tidur

TIPS #8 PANTANG

Pantang yang dimaksudkan di sini adalah segala jenis makanan yang tidak sihat seperti makanan segera (mi segera, KFC, McD), makanan diproseskan (sosej, nugget, daging burger). Selain itu, ibu menyusu juga perlu kawal pengambilan kafein bukan sahaja kopi, nescafe tetapi termasuklah coklat dan juga teh. Tidak kurang juga makanan dan minuman yang tinggi garam dan gula seperti air berkarbonat, air kotak, perasa dalam makanan termasuklah makanan yang berminyak. 

black-friday-sales-background-template-memphis-style_23-2147952413.jpg

Ini adalah kerana makanan-makanan jenis ini akan mempercepatkan proses kehilangan air dari dalam badan dan membuatkan ibu menyusu menjadi lebih cepat terdehidrasi dan cepat lesu.

TIPS #9 PENGHASILAN SUSU


Puasa juga bukan bermaksud ibu perlu mengubah rutin penyusuan pada anak. Pegang pada konsep DEMAND vs SUPPLY. Kerapkan menyusu anak apabila anak berada di depan mata. Jika ibu bekerja, jagalah jadual perahan setiap 2 hingga 3 jam seperti biasa. Lebih banyak susu ibu dikeluarkan, lebih banyak susu ibu akan dihasilkan dan sebaliknya. Ibu jangan terkejut jika hasil perahan akan meningkat lebih dari hari-hari biasa berkat rezeki ibu berpuasa.

TIPS #10 NIKMATI RAMADAN

Ramadhan hanya datang setahun sekali. Jadi, ambil peluang ini untuk sama-sama beribadah dan meningkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah. Ibu menyusu digalakkan bersedekah, amalkan zikir. 

Usahalah untuk solat terawih tidak kira di masjid atau rumah, tidak kira secara berjemaah atau individu. Peluang ini kita tidak akan dapat di waktu lain dan juga tahun seterusnya juga belum tentu kita akan diberi kesempatan ini.

Selain itu, ibu menyusu juga digalakkan untuk mengelakkan aktiviti berpanas di luar jika tidak perlu. Rutin bersenam juga boleh diubah ke waktu malam bagi sesuaikan dengan bulan Ramadhan. Jangan lupa juga rehat yang mencukupi sangat penting untuk ibu menyusu. Di sini juga letaknya peranan dan sokongan suami untuk sama-sama menjadi pemangkin dalam menjayakan penyusuan susu ibu di bulan Ramadhan.

Diharapkan tips-tips ini dapat membantu ibu-ibu menyusu supaya bersedia untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ibu menyusu pun mampu berpuasa insyaAllah. Berkat ilmu, usaha dan juga dengan izin Allah.

kredit to :

Syafawati Noorhafizah
Kaunselor Penyusuan Susu Ibu 

.

.

#1 RECOMMENDED PRODUCT UNTUK IBU MENGANDUNG

KLIK SINI :

https://www.ammaira.com/products/compression-socks-collection 

https://www.ammaira.com/products/compression-socks-collection 

https://www.ammaira.com/products/compression-socks-collection 

.

BERPANTANG SESUAI.png



Older post Newer post