NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

BACK TO SCHOOL TIME!

Assalamualaikum semua, Selamat kembali ke Blog Stokin Comel!

Sekarang masih lagi cuti persekolahan penggal akhir. Bulan 11 dan bulan 12 ni memang musim ibu bapa tengah sibuklah mencari duit lebih untuk membeli keperluan sekolah. Kalau ada company yang ada bagi bonus hujung tahun lega sikitlah bebanan ibubapa kan.Tak pun ada yang dah bersedia lebih awal main kutu minta turn hujung tahun, macam mira lah ehhehehe. Yang dah simpan sikit-sikit dari awal tahun pun mesti ada. Dengan keadaan ekonomi sekarang ni huhu.

Pada Mira, barang-barang keperluan sekolah ni memang tidak dinafikan banyak belanjanya kalau keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Atau tengok jugak standard sesebuah sekolah . Kalau private school sedia maklumlah bajet belanjawannya. 

Tapi sebagai Ibu bapa, tentu bukan semua barang keperluan sekolah perlu ditukar setiap kali nak mulakan sesi baru persekolahan. Lainlah kalau anak yang pertama kali masuk persekolahan memang semua nak kena beli. Tapi bila masuk tahun 2 dah boleh recycle mana yang masih elok. Macam Mira, lepas anak Mira yang sulung masuk darjah dua, mira recycle alat tulis. Macam beg sekolah tak boleh recycle, bergaduh gamaknya huhu.

Abang dapat beg baru napa adik tak dapat haa gitulah       

So harini Mira nak share few tips membeli barang persekolahan. Biasa kita dengar beli borong lebih jimat kan? Sama macam barang sekolah. 

  • Stationary kalau boleh beli dalam kuantiti besar (bulk) harga lebih murah. Kita sedia maklum budak sekolah ni memang rajin alat tulis dia hilang. Kawan pinjamlah apalah lepastu jadi harta org lain ya dak?
    ** selalunya Mira beli ikut term. 1 term 6 bulan jd ada 2 term la.Tak ada la rasa terbeban sangat nak keluar belanja. Budak-budak apalagi sukalah setiap penggal boleh eksyen alat tulis baru huhu.
  • Beli hujung tahun sebab banyak promosi. Bila dah pertengahan tahun susah nak cari uniform yang murah2.So untuk yg 2nd term beli size besar sikit. Takut cepat anak2 membesar
  • Beli awal takut tak ada size atau stok.Ni mmg betul, Ada sekali tu Mira bajet adalah saiz, sekali dah masuk hampir 10 kedai. Saiz yang Mira nak takde adehh.
  • Baju sekolah Agama kalau darjah satu beli le lebih dari 2 pasang kalau mampu sebab gerenti hari-hari kena tukar sebab kotor. kalau yang anak lelaki lagilah kuat main.


Nilah serba sedikit yang Mira boleh listkan untuk keperluan ke sekolah. Kalau ada yang korang rasa nak tambah, jangan segan2 comment ya. Walaupun Mira dah ada 2 Hero yang bersekolah, kadang ada je yang terlepas pandang. 

Semoga bermanfaat ya!



Older post Newer post