NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

7 TIPS PERSEDIAAN UMRAH/HAJI KALI PERTAMA BAGI JEMAAH WANITA,

Alhamdulillah, Tahniah kepada jemaah yg terpilih untuk menyahut panggilan Allah pada tahun nie.   
.
Wajib baca sampai habis tau, kalau terlepas pandang confirm PENING nanti..   
.
1. Semasa tawaf.
.
132917gnn0dn1kqlngywg1.jpg
-Pakai stokin antilicin bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile/mozek. Jadi nie untuk elak licin dan kaki pun tak cepat sakit.
.
-Kalau tuk tahan lama disarankan agar pakai kasut khas untuk tawaf yang memang bersih khas tuk masjid. Boleh cuba kasut tawaf kami.
.
-Masuk perlahan-lahan dalam pusingan tawaf. Jangan melawan arus. Follow the flow, kalau tak nty berasak dgn org lain yg tengah tawaf dah bertolak2 sakit badan2 plak.
.
-Kalau nak elak sesak dan sesat ketika berjalan dlm kumpulan, boleh pergi ke tingkat 1. Di sana lebih lengang dan tidak perlu bersesak dengan orang lain.
.
-Untuk yang sudah uzur atau tidak sihat, boleh upah pekerja di Masjidil Haram untuk tolak di atas kerusi roda atau naik motor ATV khas di tungkat paling atas. Kalau nak tawaf dekat kaabah bagi kusi roda agak sukar tapi tak mustahil dengan pertolongan Allah.
.
2. Semasa saie.
.
132917gnn0dn1kqlngywg1.jpg
-Pakai kasut yang bersih & selesa untuk mengelakkan kaki melecet. Biasanya perjalanan saie lebih smooth berbanding tawaf sebab kurang sesak.
.
-Agak susah nak berjalan dgn laju kalau pakai stokin jer. Baik berkasut tawaf kami lebih mudah. Untuk saie, yg uzur pun sama mcm tawaf tadi boleh naik motor kat tinggat atas.
.
3. Pakaian.
.
-Tak perlu bawa banyak sgt jubah. Cukup 2-3 helai. Kalau yg duk berbulan bawa la lebih sikit. Boleh basuh sendiri guna sabun hotel jer. Kalau tak cukup jugak, boleh beli jubah yang murah-murah di sana. Servis dobi agak mahal kerana mereka kira mengikut helaian pakaian. Huhu.
.
-Nak pakai selain selain jubah? Boleh, tiada masalah. Apa jua fesyen Malaysia kita nak pakai boleh dengan syarat menutup aurat. Stokin wajib tau! fesyen paling popular bertelekung la!! 😂😂
.
-Bawa telekung takyah bawa kain sbb kita akn pakai jubah dah cukup syarat tutup aurat. Asalkan menutup aurat sempurna ; berstokin dan berstongan ler.. . Tudung pun jarang2 pakai unless ade buat lawatan luar mcm ke Taif.
.
-Jangan lupa bawa hanger dan tali. Mudah nak sangkut baju basuh tadi.
.
4) Bawa beg kasut.
.
-Di Mekah terutamanya, rak kasut banyak dan ada risiko kita lupa di mana rak yang kita letak kasut kita. Kadang2 kita terpaksa keluar dari masjid guna pintu yang tak sama dengan pintu ketika kita masuk.
.
-Jadi sebaiknya bawa beg kasut ke mana sahaja ketika kita berada dalam masjid. Boleh letak spary wuduk skli.
.
5. Makanan.
.
-Boleh bawa sambal atau sos cili.Kalau tak nak bawa boleh beli di sana byk dijual. Nak makan fast food pun mudah kalau disana. Ank2 muda selalunya suka mencuba jadi boleh exploer makanan tempatan ketika disana.. Bekalan makanan lain tak perlu bawa, beg ringan mudah nak bergerak.
132917gnn0dn1kqlngywg1.jpg.
6. Isu tandas.

Tandas nie paling penting skli nak2 kalau mereka yg ade penyakit kencing manis mmg kerap ke toilet.
.
-Di Mekah, tandas memang jauh dari tempat solat. Kalau nak ke tandas, biasanya anda takkan dapat duduk semula di tempat yang sama. terutamanya jika sudah hampir masuk waktu solat.
.
-Tapi untuk yang nak stay lama di masjid dan tak nak risau tentang masih ada tempat untuk solat atau tidak selepas balik dari tandas, anda boleh solat di bahagian bangunan masjid yang baru, bahagian extension Masjidil Haram yang ditambah, berhadapan dengan hotel Intercontinental. Ia lebih dekat dengan tandas. Dan di situ juga kurang penuh.
.
-Salah satu tips yg dikongsi ustaz, ketika ambil wuduk tu berdoa sekali biar wuduk bertahan insha allah makbul di tempat penuh barakah nie.
.
132917gnn0dn1kqlngywg1.jpg
.
7. Barang2 lain
.
-Bawa krim pelembab untuk disapukan ke muka, tangan, & kaki. Di sana sangat kering. Berbeza dengan Malaysia. Memang senang untuk tumit kaki pecah.
.
-Krim pelembab bibir.
.
-Botol air kecil. Mudah untuk isi air zam-zam & minum dan utk wuduk juga.
.
-Cermin mata hitam. Untuk elakkan silau & terik matahari. ketika berjalan ke masjid.
.
Satu lagi kalau ada yg berhajat nak video call keluarga dari Mekah ke malaysia , better install aplikasi IMO ye . Install awal-awal dari malaysia .Boleh jimat data . Sebab dekat sana nanti kena beli sim kad baru.
.
Anak-anak yg dekat malaysia pun install la boleh video call mak ayh kat sana.
.
Kalau kita dekat malaysia guna applikasi whatsapp utk video call, voice call or even nak mesej pun semua whatapps kan . Tapi disana imo yg paling ok utk call ke malaysia. Bila guna whatsapp memang video call susah nak dpt .
.
Share sekiranya bermanfaat   
--------------------------------------------

P/s: Jika anda ingin dapatkan Kasut Tawaf dan stokin antilicin boleh klik link di bawah:
.
https://kliksini.my/StokinUmrah3
https://kliksini.my/StokinUmrah3
https://kliksini.my/StokinUmrah3


HADIAH EXCLUSIVE.jpg



Older post Newer post