NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

30 PESANAN RINGKAS UNTUK JEMAAH HAJI

*Perkongsian dari Jemaah Haji 2018 untuk Duyufurrahman 2019 *

*1. Bawa berus & sabun cap buruh untuk basuh bju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk boleh dibeli disana. Di hotel ada servis dobi kena bayar. Ada sesetengah maktab muassasah menyediakan mesin basuh semiauto untuk kegunaan jemaah dng percuma.


maxresdefault.jpg

*2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon. Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter, boleh beli kat DIY jer.
maxresdefault.jpg
*3. Bawa tali ampaian. Buat gantung baju dlm bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga. Hanger jgn lupa tau jimat space kalau nak gantung baju.

*4. Bawa ubat panadol, hacks, strepsil, lozense jujubes dll. Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan2. Terutama di kemah diMina. Cuma ia sekadar ikhtiar shj kerana dgn air zamzam yg disyifa juga berkesan utk membantu utk memulihkan kesihatan dgn izin Allah.

*5. Bawa Alquran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana2. Niat nak khatam di Mekah. Baru ada nostalgia... best. Sungguhpun applikasi quran digital boleh diinstall di HP, akan jimatkan penggunaan bateri hp. Ade juga disediakan tempat cas dalam masjid tapi bila ramai mmg susah ler.

maxresdefault.jpg

*6. Makanan di sana tak pedas..banyak guna sos tomato. Bawa cili sos..kicap... serunding daging, sambal dah siap dibotolkan dll. Ada juga yg beli cili hijau dan daun pudina disana utk tambah selera makan dan buat teh pudina.

*7. Jemaah haji Muassasah masa Muzdalifah mmg semua jemaah ditinggalkan bermlm di padang pasir yg telah diasing2kan mengikut maktab. Jemaah tidak perlu mengutip batu kecil untuk melontar kerana semua telah dibekalkan semasa dihotel lagi yg dibawa bersama.(Batu itu elok dicuci terlebih dahulu). Cuma sekadar membuka uncang batu yg diberikan dan menabur ketanah dan mengutip nya semula.

maxresdefault.jpg

*8. Bawa kipas kecil yg guna bateri yg boleh rechargeable. Ianya membantu jemaah ketika di Mina. Dimana didalam khemah sungguhpun disediakn aircond sebagaimna tahun 2018 tetapi udara sejuk tidak sekata. Botol air semburan mungkin akan dibekalkn oleh penaja TH.

*9. Di dlm Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat Fardu. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan(pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dlm kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.

*10. Ingat mercu tanda dan bangunan masa ke masjid dll supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

*11. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up...spt Zain, Mobile. STC susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile.. kena top up. Cari top up YG boleh guna Whatsapp

*12. Di hotel ada khidmat tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.

*13. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH..boleh keluar duit jika perlu.

*14. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk duit poket.

*15. Bila ke masjid pakat kawan2 sebilik siapa gilir2 boleh ambil nasi makanan tgh dan mlm ikut bilangan kawan2 sebilik. Ambil letak di bilik.

*16. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa2, .jgn takut minta tawar.

maxresdefault.jpg

*17. Patuh pada arahan TH. Masa pi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat. Cuma TH galakkan jika ada yg boleh berdikari.


*18. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru..hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkn diletak didlm masjid.

boleh baca pautan nie utk tips berwakaf alquran >> https://www.ammaira.com/blogs/stokin-comel-blog/panduan-ringkas-wakaf-al-quran-di-tanah-suci 


*19. Sebelum pergi kena banyak buat solat sunat taubat dan solat sunat hajat dll... minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah2an dimaqbulkan.


*20. Suhu disana sekitar 38'C - 42'C. Kemungkinan akan lebih tinggi lagi. Jemaah haji lelaki seeloknya memiliki kain ihram musim panas yg agak sedikit nipis. Kain yg tebal sebenarnya adalah utk musim sejuk.


*21. Semasa diMina seeloknya bawa sepasang kasut sukan jogging sebab pada hari tashriq ketika tidak lagi dlm ihram, boleh digunakan kerana jemaah akan berjln kaki sekurang2nya 7KM kecuali yg ambil pakej haji mungkin lokasi nya dekat dng Jamrah.


*22. Sila cetak lebih Kertas Nama, alamat, No Tel dan No Flight di kertas A4 sebagaimana yg ditampal ke beg2 jemaah. Bersedia jika diperlukan.


*23. Sedia Karangan Doa untuk dibaca semasa Wukuf seeloknya jemaah telah menyediakan catatan doa yg hendah dipanjatkan kehadrat Allah SWT pd waktu itu yg boleh dibaca berulang kali dgn susunan kata2 yg beradap dalam kita berdoa. Semoga doa kita maqbul. In syaa Allah.

*24. Buckelkn beg kecil TH di pinggang, meghadap ke dpn dan tali pnjng gantung dleher .pompuan buat dlm telekung .jgn gantung beg dibahu ,letak disisi . awas penyelok beg dan pemotong tali beg . sy hilang camera kena selok.


*25. Bwk plastik sampah hitam ,gunting lebarkn utk alas duduk dimuzdalifah .jgn guna tikar sbb nanti lekat pasir .plastik juga blh guna utk alas carpet jika bsah di arafah / mina .

*26. Bwk payung lipat utk guna gi blk msjd sbb cuaca panas dan hotel jauh, atau dimuzdalifah krna kadang2 bas kemina ada yg dtng lewat hingga waktu dzohor .4.lbh baik guna sabun manduan yg gel .jgn guna sabun buku sbb blh sbbkn gatal2 dan sakit kulit .

maxresdefault.jpg


*27. Bwk botol kosong air mineral 1.5l yg bertangkai 3- 5 buah utk isi air mineral setiap kali blk masjd utk bilas mandi ,minum dan berwuduk di hotel sbb air paip adalah air laut diprocess,ada tindak balas pd kulit. Jangan minum air paip di hotel walaupun dah direbus.


*28. Pakai mask dan cermin mata setiap kali kluar dari masjd sbb berdebu ( pompuan- jika tidak dlm ihram ).

maxresdefault.jpg

*29. Bawa sleeping beg, sangat berguna di mina. Ade juga yg bawa yoga mat sbb kadang2 kita mahu juga rebahkan badan tuk berehat boleh juga buat tikar sejadah tau.

*30. Bagi jemaah lelaki, bawa lah sehelai dua kain pelikat yg tidak berjahit, utk kegunaan semasa didalam ihram di Arafah...pakai kain pelikat tu utk ke tandas sbg ganti kain ihram...maklum lah guna tandas terpaksa ikut giliran sbb jemaah yg ramai.

P/S: Korang tengah cari stokin/kasut yg selesa utk beribadat ketika di sana? klik link di bawah :
https://kliksini.my/StokinUmrah3
https://kliksini.my/StokinUmrah3
https://kliksini.my/StokinUmrah3
.TAK JARANG.jpg

*Selamat berangkat... semoga dipermudahkan & mendapat Umrah dan Haji Mabrur...*


credit to: Cher Ahmad





Older post Newer post