NEED HELP FOR ORDER? For any enquiry/help: Click HERE to Whatsapp

10 tips Menangani Sindrom Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua harini? Mira sihat-sihat saja. Mira harap para pembaca pun sihat sentiasa :)

Pejam celik pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung tahun 2019 ya.

Mesti ibu-ibu & bapa-bapa sedang sibuk membuat persiapan anak-anak untuk naik sekolah. Jadi, hari ini Mira nak share 10 tips bagi menangani sindrom yang bakal dialami oleh anak-anak yang pertama kali ke tadika atau sekolah. Haa..


 Beberapa tips yang Mira sendiri dah try, Alhamdullilah anak-anak tak meragam malah terlalu seronok sampai taknak balik rumah huhu


 1. Jangan jadikan hari pertama sebagai hari untuk bereksperimen – beberapa tahun sebelum sekolah, anak-anak harus dibiasakan dengan situasi perlu berpisah dengan ibu bapa.
 
Terutama untuk kanak-kanak yang tidak pernah dihantar ke rumah pengasuh atau ke tadika. Tinggalkan mereka untuk tempoh masa beransur-ansur samaada di rumah saudara, rakan atau di pusat jagaan. 

Proses ‘desensitization’ ini penting untuk meningkatkan daya ketahanan mereka secara natural. Mira hantar anak-anak duduk rumah Tok Wan dia, tak hantar jauh-jauh pun sebab rumah mak Mira dekat je. So, Mira takdelah risau ke apa.
 
 2. Kerisauan datang dari sesuatu yang tidak ketahui (anticipation anxiety) – Beri penerangan dari awal kepada anak-anak melalui bercerita, berbual dan sebagainya tentang sekolah, keadaan di sekolah dan sebagainya.

Lakukan secara konsisten seawal mungkin. Ini membolehkan mereka menyediakan minda mereka (expectation development). Macam Mira, Mira akan ceritakan pengalaman Mira masa sekolah. Apa yang seronok belajar dekat sekolah. So, automatic anak-anak jadi excited sbb kita cerita yang best-best je pasal sekolah.
 
 3. ‘Role play’ – kanak-kanak memproses emosi dengan imaginasi mereka. 

Role play apa yang akan berlaku, apa yang perlu dibuat, apa yang perlu dikatakan, kemana perlu pergi dan sebagainya menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam situasi sebenar.

Ni Mira ajar dekat anak-anak bila nak ke tandas kena minta izin. Kalau dah habis sekolah, Mira minta budak-budak ni duduk dekat dalam sekolah, bila dah habis sekolah dan sebagainya. Kita kena terangkan, bahaya tu ada dimana. So kita kena cakap dan ulang lagi supaya mereka ingat. Sekaligus, kita dapat didik anak-anak jadi sopan dan beradab. 

So dekat sini, anak-anak dah aware yang diorang tak boleh buat sesuka hati tapi dalam masa yang sama dapat jadi berdikari bila ibu-bapa takde.
 
 4. ‘Count-down Calendar’ – sedari awal sediakan minda mereka dengan ‘hari yang ditunggu-tunggu’.

Yang ni anak-anak Mira memang excited betul. Setiap malam sebelum tidur, Mira akan masuk bilik diorang dan sama-sama tick hari yang dah habis tu. Mira jadikan ianya sebagai satu aktiviti. So diorang akan set mind, tak lama lagi diorang akan bersekolah ;)
 
 5. Ajar anak cari kawan – kanak-kanak yang pemalu memerlukan bantuan untuk proses ini. Kita boleh survey jiran-jiran, rakan sekerja atau bakal sekolah untuk kenalpasti bakal rakan sesekolah anak anda dan bina network gituh.
 

Kebetulan, ada anak jiran Mira pun baru nak start sekolah. So Mira dengan jiran Mira bawa mereka bermain bersama, menziarah dan sebagainya. Benda ni buat anak-anak jadi akrab dan kurang takut.

6. Beli barang sekolah bersama.

Haa yang ni pun penting tau! Ini akan membantu mereka rasa ‘sense of ownership’ pada pengalaman baru mereka nanti. Pergi ke sekolah ialah kemuncak acaranya.
 
 7. Aturkan ‘body-clock’ anak-anak kita dari awal. Tetapkan rutin tidur dan bangun awal sedikit demi sedikit beberapa bulan sebelum mula sekolah.
 
 8. Bercerita – kenalpasti apa yang merisaukan anak kita

Contohnya cikgu garang, kemudian sebelum tidur/dalam kereta ceritakan kisah-kisah yang mempunyai motivasi supaya anak-anak tak berasa takut.
 
 9. Orientasi 

Banyak sekolah yang sudah memulakan langkah ini. Bawa anak-anak berjalan sekitar sekolah, berkenalan dengan guru, belajar cara beratur di kantin dan sebagainya sebenarnya sangat-sangat membantu dari sudut psikologi kanak-kanak.

10. Persediaan malam sebelum – rancang malam yang menyeronokkan. 

Mira dengan suami buat aktiviti bersama. Sebagai contoh, mengemas barangan sekolah bersama dan apa jua aktiviti yang akan meransang mood positif anak-anak kita.


Alhamdulliah, lepas Mira amalkan 10 perkara ni tak sampai tiga hari pun. Sampai je depan pagar sekolah, anak-anak terus masuk ke dalam tanpa menoleh-noleh cari Mira lagi huhu. Mira harap tips ni dapat membantu ibubapa yang lain juga ya! 

Berjumpa lagi di lain artikel. Salam Sore :)



Older post Newer post